TiPS

Profil Kompetensi Pengajar TVET Malaysia.

Daftar eProfiling

Pengenalan

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah meletakkan satu daripada enam teras iaitu meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju. Salah satu daripada usaha untuk memenuhi teras ini adalah dengan membangunkan pangkalan data berpusat mengenai profil jurang kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan.

Untuk memenuhi matlamat ini satu projek Profiling Pengajar TVET diperkenalkan. Projek ini bertujuan menutup jurang yang wujud pada setiap pengajar TVET supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga membangunkan pengajar bidang TVET bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.

Profiling Pengajar TVET

Profiling Pengajar TVET adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar TVET dikumpulkan dan disatukan untuk dibandingkan dengan ability checklist untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Ability checklist dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).

Profiling Pengajar TVET adalah satu proses untuk mendapatkan data pengajar TVET berkaitan:

  • Kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pengajar untuk mengajar sesuatu program latihan TVET.
  • Maklumat kompetensi seseorang pengajar.
  • Jurang kompetensi pengajar untuk mengajar sesuatu program latihan TVET

eProfiling

Sistem eProfiling adalah profiling pengajar TVET atas talian dibangunkan berdasarkan keperluan berikut:

  • Dibangunkan sendiri dengan kepakaran dalaman CIAST. Perlu dilantik kakitangan yang menjalankan tugas khusus sebagai tenaga pembangun.
  • Sesi perbincangan dan bengkel diantara pembangun sistem dan pakar CUDBAS perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan sistem dibangunkan dengan spesifikasi yang diperlukan.
  • Sistem dibangunkan berkonsepkan web-enabled bagi memudahkan capaian di seluruh negara.
  • Modul yang dicadangkan dibina didalam sistem adalah
    • Modul Pentadbir Sistem
    • Modul Ability Checklist
    • Modul Laporan (bergantung kepada tahap keselamatan data dan capaian oleh pengguna)